20 Mei 2010

Tun Perak

Tajuk : Tun Perak
Pelukis : Athool
Ilustrasi Kulit : Fazrul Arhan Razali
Penerbit : CESB Sdn. Bhd.
Tahun : 1997

Tun Perak adalah sebuah komik sejarah yang memaparkan kehebatan Tun Perak dizaman kegemilangan Melaka. Komik ini dilukis oleh Athool. Kalau tidak silap saya, saudara Athool banyak menyumbangkan karyanya di Majalah Solusi. Bukan dalam bentuk komik serius tetapi dalam bentuk humor. Komik ini keseluruhan berwarna berbeza dengan komik Bawang Putih Bawah Merah yang hanya dakwat sahaja. Lukisan Athool memang bercirikan 'Malay Style'. Mungkin kena cari satu nama yang menggambarkan lukisan komik bercirikan melayu ni seperti manga atau mahwa. Takkan nak panggil MALAS (MALay Style) kot hehehe.

1 komen:

Kalamtimur berkata...

Kemelayuan yang tulen