Akhirnya habis juga aku uploadkan komik Panglima Kudung. Tak tahulah bila lagi aku dapat scan komik tengoklah tahap kerajinan aku. Tu pun kalau tak sibuk dengan kerja, kalau ada masa terluang boleh ler aku scan, edit dan upload.Waktu perkena nasi ayam kat Pekan Sg. Besi, sempatlah aku singgah satu kedai mamak jual majalah. Aku tertarik dengan satu majalah komik bertajuk 'Umbra' isu 1. Harga RM4.00, aku rembat jer... Setelah menatap majalah ini, banyak yang perlu diperbaiki lagi terutama kulit hadapan nampak kurang menarik diharap dapat diperbaiki lagi. Majalah komik ini lebih kepada humor. Diharap pada isu ke 2 kalau umur panjang dapat diperbaiki lagi mutunya.
Aku sebenarnya masih menanti majalah komik atau komik yang mempunyai tema yang lebih serius, cerita bersiri yang menarik dan penceritaan yang mantap. Namun masih belum kutemui. Setiap majalah komik sewajibnya memerlukan komik bersiri yang dapat menarik pembaca ketagih untuk mengikuti episod seterunya. Gila - Gila misalnya suatu ketika dahulu popular dengan Aku Budak Minang sehingga menarik ramai pembaca. Majalah Ujang dengan Abe, Aku, Dia dan Volkswagen dan Aku dan Sesuatu berjaya mengumpul ramai pengikut. Jadi, untuk menarik pembaca sesebuah majalah komik mahu tidak mahu memerlukan siri - siri komik yang dianggap sebagai hidangan utama untuk disajikan kepada pembaca. Kalau hidangan utama dah hampeh jangan harap pembaca akan singgah untuk kali kedua. Wasalam.
4 komen:
ya, saya pun dah beli Umbra 1, setelah berlaku perubahan sebanyak 3 kali. sudah banyak majalah humor di pasaran, jangan jadi pisang berbuah banyak kali.
Harap ada perubahan isu ke 2.
umbra banyak kali mati hidup semula, tapi masih hidup segan mati tak mau
sape tau tajuk citer sekolah sihir dlm umbra nie?? aku lupa da... dh lama x bace...
Catat Ulasan