11 Mei 2011

Pemburu Harimau



Dah lama aku tak upload komik. Jadi untuk bulan ini aku muat naik semula komik Pemburu Harimau. Komik ini dihasilkan oleh Adifarwan Aka A. Ghafar Bahari. Terima kasih kepada saudara Ghopa kerana memberi serba sedikit penerangan mengenai komik ini. Lukisan kulit dihasilkan oleh Khuzae.

Komik ini adalah komik mini dan terdapat bahagian yang terkoyak iaitu dimuka surat akhir sehingga mencacatkan sedikit komik ini. Walaupunbegitu, diharap anda semua terhibur dengan komik ini.

11 Februari 2011

Pengembaraan Hussin dan Hassan ep. 2


Pengembaraan Hassan dan Hussin adalah komik bersiri hasil karya Ibrahim Hamid. Sebelum ini saya pernah muat naik komik beliau bertajuk Pembela. Anda boleh belek balik post saya yang terdahulu. Sayang sekali saya hanya ada siri ke-2 sahaja.

26 Januari 2011

Keluang Man kembali lagi


Ya... komik Keluang Man kembali lagi. Komik ini akan dikeluarkan secara bulanan. Bagi yang merindui kelibat Keluang Man boleh dapatkan sekarang. Harga sekitarRM5.00 untuk Semenanjung dan RM6.00 untuk Sabah/Sarawak. Komik Keluang Man dikeluarkan oleh Homework Studio. Banyak pelukis yang menyumbangkan karya mereka untuk komik ini seperti Azhar Saad, The Silencer, Aki Monster dan Vico Majidee serta pelukis - pelukis Keluang Man terdahulu.. Untuk keluarkan sulung ini merupakan kompilasi komik - komik Keluang Man terdahulu yang telah beri nafas baru beserta karya - karya pelukis terkini. Jadi kepada peminat tegar komik Malaysia jangan lupa dapatkan komik ini dipasaran.

19 Januari 2011

Tedung




Sebagai pembukaan komik untuk tahun 2011 ini, aku uploadkan komik hasil karya Khuzae salah seorang Otai yang terkenal dengan kulit depan komik yang mengancam. Komik bertajuk Tedung keluaran Komik Dayacipta.